Isnin, 11 Mei 2009

realiti kehidupan

Seorang Pegawai muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta MEWAH yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang di letakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Setiba sahaja kereta MEWAH tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta MEWAH tersebut.

Apalagi, Pegawai muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil itu, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

' Apa yang kau buat ni ? Kau siapa ? dan apa kejadahnya kau berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah hendak dibaiki ? Kau tau tak ? Kenapa kau buat ini semua ? ' jerit Pegawai tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf :

' Saya minta maaf Pakcik, Saya tidak tahu apa yang patut saya buat ' dia merayu. ' Saya melontar batu kerana tidak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil '. Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. ' Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tidak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh kalau Pakcik tolong saya, dia cedera dan dia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Pegawai muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. ' Terima kasih pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat ' kata budak tadi.

Tidak dapat digambarkan dengan perkataan, Pegawai muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera itu pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Pegawai muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, kereta itu kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian. Sekali lagi di ulang 'PERHATIAN' ada banyak cara manusia untuk meraih perhatian, dengan cara lembut atau kasar. Tidak peduli dengan semua itu, yang penting ialah kenapa dan mengapa kita memerlukan perhatian itu. Jalan mesti lurus dan niat jangan salah. Semua orang inginkan perhatian dan semua orang inginkan kesempurnaan tapi kesempurnaan itu kadang-kadang boleh merosakkan sesuatu.

Pengajarannya, Allah TIDAK menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Saya bukan manusia sempurna yang boleh memuaskan hati semua manusia, pasti ramai yang inginkan lebih dari apa yang termampu tapi kudrat dan daya hanya setakat ini yang termampu di berikan. Untuk semua yang memberi kan semangat dan perangsang, tiada kata yang paling indah dapat di ungkap selain TERIMA KASIH. Setiap detik perjalanan hidup ini akan di kenang sampai bila-bila kerana sepanjang bergiat dalam dunia penyiaran, terlalu banyak perangai manusia yang saya kenal dan saya paham... Setiap inci saya layan dengan penuh ikhlas, setiap masa saya cuba merubah mengikut keinginan orang lain selagi mampu di ubah dan selagi ianya untuk kebaikan bersama. Andai ada yang masih kurang, itu di luar bidang kuasa saya untuk memenuhinya. Dari masa ke semasa semakin ramai manusia yang saya kenal tidak kira usia, saya suka di hargai dan semua orang suka di hargai, ianya semacam hasil kerja dan diri kita tinggi nilainya dan terasa seolah-olah kita tidak membuang masa yang ada. Untuk yang masih tidak berpuas hati dengan diri ini... TERIMA KASIH yang tidak terhingga, kerana kata-kata nista, cercaan, hinaan dan segalanya membuat saya lebih kuat dan bersemangat untuk membuktikan ketidak-benaran itu. Selebihnya itu adalah urusan awda dengan yang ESA. Anak kecil yang di atas tadi boleh dengan ikhlas mendoakan kesejahteraan orang lain, jadi kenapa tidak saya yang punya akal dan fikiran yang waras mendoakan semua orang-orang yang saya hargai dan membantu perjalanan karier ini dengan kebaikan dan kemuliaan... Andai diberi peluang untuk meminta sesuatu... saya ingin berjabat tangan dengan semua orang yang menghargai dan memusuhi diri ini sebagai tanda persahabatan dan kekeluargaan. Agar tidak ada persengketaan lagi antara kita. Kadang-kadang hati bertanya sendiri, kenapa manusia suka mendoakan keburukan pada orang lain di bandingkan dengan mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Adakah silap didikan ? Adakah kerana kurang kasih sayang ? Adakah kerana inginkan perhatian ? Adakah kerana hasad dengki ? Adakah kerana kepuasan diri ? Adakah kerana itu lumrah manusia ? Terlalu banyak persoalan yang timbul, apa pun jawapan nya... Sekali lagi, kalau ada kekurangan sepanjang perjalanan hidup ini, saya memohon kemaafan yang tulus dari hati yang paling dalam, ingat saya bukan orang baik-baik tapi saya ingin jadi orang baik-baik dan tolong doakan saya menjadi orang baik-baik.
Salam maaf dan salam damai dari saya...

AL!FF FA!ZAL

Tiada ulasan: