Ahad, 18 Januari 2009

DeRiTa & TaNGiS - GaZa PaLeSTiN

Sejujurnya sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, terasa mcm terpanggil utk sama2 kita merenungkan sesuatu yang menginsafkan kita dan membuat kan kita bersyukur berada di Negara yang aman dan damai tdk seperti apa yang berlaku di Palestin.
Seperti yang di ketahui umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh!!! bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis Yahudi dapat dihentikan.
Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.
Sama-sama kita laungkan
“Khaibar Khaibar Ya Yahud!! Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud!!”
Berambus! Berambus wahai Yahudi! Tentera Muhammad ‘kan kembali!!
Firman ALLAH dalam ayat 74 surah An-Nisa’:
“Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan ALLAH. Dan sesiapa yang berperang pada jalan ALLAH lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar. Semoga kita sentiasa di rahmati dan lebih mensyukuri apa yang kita miliki sekarang. Amin... awda saksikan lah sendiri antara gambar yang ada di bawah ini... BIARKAN GAMBAR BERBICARA DAN BIARKAN HATI MENILAINYA!!!

Sabda Nabi SAW:
“Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh ALLAH daripadanya.”

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu lh sudi.
selitkn sedikit doa utk mrk di hujung solat.
mn yg mampu je kn?

AL!FF FA!ZAL berkata...

insyaAllah dude... semampunya yang boleh... btw tenks for droppin by;))