Isnin, 27 April 2009

MENJEJAK KAMPUNG

MENJEJAK KAMPUNG - salah satu projek Radio Televisyen Brunei akan di adakan selama 3 hari pada 1 hingga 3 Mei 2009 di Kampong Belimbing Subok, Mukim Kota Batu, Brunei Muara.
  • Acara-acara seperti Pameran
  • Peraduan Teh Tarik
  • Cabaran Kuali
  • Malam Nostalgia
  • Malam Muhibbah
  • Kuiz Harian untuk pengunjung
Dewan Bandaran, Kg Belimbing, Subok
DATANG BERAMAI-RAMAI...

PEMBOHONGAN SEORANG IBU

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kita bersama.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : 'Makanlah nak ibu tak lapar.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu lapangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi... Saya sedih melihat ibu seperti itu... Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 'Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : 'Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.' Ibu tersenyum dan berkata : 'Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 'Minumlah nak, ibu tak haus!!!'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : 'Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : 'Jangan susah-susah, ibu ada duit.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata 'Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua... Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya... Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : 'Jangan menangis nak, ibu tak sakit.'
– PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Itulah kisah benar saya. Awda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Awda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu awda jauh dari mata, awda boleh menghubunginya sekarang, dan berkata, 'Ibu, saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Apa lagi yang kita inginkan dalam dunia ini kalau kita sudah mendapat kasih sayang dan perhatian ibu??? katakan pada mereka, kita sayang mereka... Jangan sampai kita menyesali setiap masa yang telah berlalu... Hargai mereka dan sayangi mereka, kerana cuma itu yang mereka harapkan... Ingat!!! SYURGA ITU LETAKNYA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU!!!

-cerita ini di ambil dari salah satu blog yang pernah saya singgah, terima kasih kepada blogger tersebut dan maaf kerana menyiarkan cerita ini tanpa keizinan-

TEMAN

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya...

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang TEMAN
Yang hanya manusia biasa...

KelemahaN!!!
KekurangaN!!!
KeburukaN!!!
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada siapa yang sempurna...

Rabu, 22 April 2009

apa tuuu???

Peculiarity at Brunei Mall basement parking... banar kah tu ah??? Seram I eeeee... hahaha

Selasa, 21 April 2009

Pssttt...

Pssttt... I have a lot to say but I'm not in mood to write, I was sooo busy wit my work. Too busy to relax... My schedule right now is a bit unpredictable!!! Wawawa... I'm proud of myself... 'kambang kampiskan hidung' hahaha... Diz year for me tahun rezeki... 'TERIMA KASIH ALLAH ATAS REZEKI MU' since December 2008 til now... keraja nda mau abis2... keraja di radio mcm biasa lah ah... AKSI VIDEO nda terasa sampai ke episod ke 9 udah diz Friday... 30 May kemuncak nya nanti... and u knw wat??? our Lady Boss offer aku utk ke PONTIANAK and JAKARTA, ada program di sana selama seminggu, tp I hv to press the REJECT button... psl schedule betamu dgn AKSI VIDEO FINAL!!! Uwaaaa... kan meraung ku ehhh, rugi bah tueeee...

Eshhhh~~~ nda apa lah kan, iatah namanya bukan rezeki, kan di turutkan perasaan tamak dan haloba yang semulajadi dalam diri ani, ku ambil saja tu ehhh, tp iatah~~~ JANGAN CARI PASAL!!! hahaha... ok2... afta saja abis AKSI VIDEO stat 1st June til 7th June ada rakaman D'MOZ RAYA!!! hehehe... seminggu buiii utk pertama kalinya dalam sejarah saya mengacarakan rancangan TV bersama Dang Zaty... hahaha... can u imagine??? ngehehe... afta dat ada rakaman AKSI VIDEO RAYA utk dua episod... mau2 dua minggu tueee... den 15th June til 20th June FINAL SIMFONI TANAHAIR~~~ plus dgn rehearsel... afta abis atu, sambunk lg rakaman AKSI VIDEO RAYA... uwaaaaaaaa... 28th June jadi emcee di KB wit Ryan and afta dat plan kan keluar dari bumi BRUNEI DARUSSALAM ani... release tension... wish dapat lah cuti... Amin =) tp andainya ada offer lagi afta atu wat to do... ambil saja kan... ngehehehe...

Ok lah... malas kan type banyak2... I miss my gud fren actually, atupun klw blh ku panggil gudfren... banyak sangat masalah. Masalah ku pun nda pandai selasai, so malas kan memikirkan masalah orang... YESSS!!! I'm not a gud fren kan??? Biarlah... apa orang kan cakap, yang penting sudah sampai masanya aku kan pikir masalah ku and pikir kan orang yang peduli dgn aku!!! and just for ur info at dis moment i'm really confused about my feelings... mean about LOVE... I was questioning whether I was ready or not??? I dont ever want to hurt anyone’s feelings especially HER!!! paning dah ku mikirkan... sorry babe... =( - Anyway, I promise I'm gonna update my blog very soon... Insya Allah... mari tah kitani SENYUM sama2 k... hihihi

Selasa, 14 April 2009

seram tapi lawak

Ahad 12 April 2009 - jam menunjukkan pukul 530ptg, seorang lelaki bernama AL!FF sedang berada di salah sebuah Studio Production RTB untuk membuat rakaman secara bersendirian~~~ untuk menuju ke Studio tersebut perlu memasuki 4 pintu dan melalui satu lorong. Dalam keseronokan membuat rakaman tersebut [seronok tia karang!!!] hahaha... tiba-tiba...

LAMPU TERTUTUP!!! RTB BLACK-OUT!!!

Okey~~~ adangtah ku belakon mcm di atas atu ah... saya kan becerita dengan emosi nieee... kan tiba2 black-out, so aku konon2 selamba lah nieee... coz emergency light stil marak, tp udah ku tekanang filem JANGAN TEGUR!!! den dlm production atu ada satu almari, almari atu aku pernah takutkan si Addy, kataku arahnya 'alaaa, kalau si ponti atu kan dtg pun setakat kuar dari almari ani jua ganya' huhu - tarus ku bediri tp nda ku keluar tarus... sampat lg ku menahan, teingat kan HP ku... ambil atau nda... ada jua 10saat ku bepikir, lastnya ku ambil den pelahan ku kuar dan melalui lorong Hj Taib... eh slh~~~ maksudku lorong gelap utk keluar studio ah... gilaaaa eh, menahan rasa x ku ah... terasa mcm jauh perjalanan kan keluar dari production atu, bkn nya takut apa... sana atu andang kebilangan barang miatu, biskita nda pernah nmpk mmg lah ckp 'ek eleh, atu pun takut' tp kami ani pernah mendangar dan pernah nampak... sbb atu la kacut parut!!! hehehe

Sampai sj arah pintu studio atu, masukku sj tarus ku luahkan segala ketakutan beterais jua ku 'RYAN!!! AKU TAKUT!!!' hahaha... si Ryan senyum saja psl ia pun takut sikit... pslnya arah studio kami atu pun sama jua tu... mcm2 cerita dah. Aku sndiri pernah nmpk dan mendangar itu ini... sana tah ku menahan sambil becerita pengalamanku yang nda sampai 3minit atu arah si Ryan... tiba2 pintu studio ani melagur~~~ ada satu susuk tubuh perempuan dengan rambut mengerbang sedikit ala-ala kerinting dan beteriak sambil tawa2... sekali aku yg masih dalam keadaan sawan ani pun tesandar bah ke dinding ah, ikut beteriak jua... Fuhhhhh!!! gilaaa ehhh, seram kali ah... sekali rupanya si Zura yg kan duty pukul 6ptg... ia pun baru liat JANGAN TEGUR... den tiba2 black-out, iatah ia sawan jua atu... hahaha - sejarah ehhhh... mcm jantungku telalih arah bawah pusat udah rasanya~~~ Tuhan ganya tau... mcm menyasal ku merakam hari minggu atu... muahahaha

Dalam kerancakan kami becerita pengalaman seram masing2 atu, tau2 tah biskita bila 3 DJ betamu, semua tah berabut kan becakap... sekali lampu di studio ani karap2, buka tutup buka tutup, beteriak lagi kami 3 ani... perasahanku mun kami betiga atu hampir kompom bepalukan... gagaga... rupanya keadaan pulih seperti biasa... so apa lagi tarus tah ku menyambung merakam eh, malas tah ku lg buang masa, awal abis awal ku kuar dari tampat menyeramkan atu... hahaha

Ok itu saja yg saya nak story... malas ku cerita lebih lanjut lagi... sangal ku menaip and naleh ku mikirkan apa yg jadi atu... moral of the story - pikir tah kamu sendiri ngehehe... so bagi kamu cerita ani seram tapi lawak atau lawak tapi seram??? mana saja tah kamu... hihihi

JaNgAn TeGuR

Psstttt... jgn ingar ah~~~ aku kan becerita nieee... becerita sal aku liat wayang JANGAN TEGUR!!! kang tau nini aku meliat cerita atu tanpa membawa kedia... hihihi. Aku meliat cerita atu hari Sabtu wit Addy & Q... ekceli dorang meliat udah~~~ so dorang bgtau cerita atu mcm membari takut luan2... mcm over perasahanku dorang becerita ah, so aku kengsel meliat Fast & The Furious 4!!! atau [pantas dan garang 4] hahaha, rasa dorang kan membuktikan arahku cerita atu membari watir... aku siap warning dorang lg 'kataku if aku nda tekajut atau aku nda takut, bayar balik duit tiket ku' ngehehe - ngambil kesempatan dalam kesempitan [klasik statement ku ah]

Di pendekkan cerita, duduk tah ampai2 niee dlm panggung ah... spare jantung ada dah dlm beg niee dlm 3 plastik lah cematu... cukup jua utk sejam setangah!!! hahaha - scene se-awal 5 minit atu aku tekinjat oleh sound efeknya... dorang Addy & Q ketawakan aku dah nieee... kan aku mula2 belagak bodoh sombong, konon nda kan tekajut... muahaha - sekali aku ckp arah Addy 'nda ku takut sebenarnya ganya banci ku efeknya ah, takut plg ku bunyi kanak2 di belakang atu nyangku' ada bunyi org BERDEHEM bah... sekali rupanya suara yg ku dgr atu, suara dari filem atu jua... huhu... sakit kepala ku selajur, mcm sampit utakku... so aku tenangkan diri, dlm hati ckp... aku nda mau tekajut!!! membari malu x kalau diri ganya bising... hahaha - tp secara nda langsung si Addy atu tumpis mulutnya, asal kan ada aksi mengajutkan ada tia besuara 'baik tah ku tutup muka katanya' lastnya besuara tah saya 'wang Addy, sebenarnya kan, secara nda langsung ko bgtau aku bah bila part membari tekajut atu' hehehe

Tapi kan... antah ah, masih jua ku tekinjat... ada sekali atu, udah kan abis sikit lamah tanganku bah, aku lalai kusintrit meliat, ada cia part yg membuat ku tekajut... tepelanting tangan ku arah badan si Addy... hahaha - hawar ku eyhhhh~~~ tp kan iatah nyangku arah si Addy 'baik pulang aku konon2 tetampar mukanya' hahaha... antah ehhh, mun biskita lamah jantung atau jenis gigiran, ada baiknya pikir 2, 3 kali kan meliat... membari takut atu nda plg tp membari kebeliangan bah!!! ganya kadangnya efeknya melampau dari aksi... malas ku ckp banyak tp for me JANGAN TEGUR lebih baik dari JANGAN PANDANG BELAKANG. Wajib tonton tu nda la... tp harus di tonton dan siuk meliat dgn orang yang penakut~~~ haha - jangan lupa bawa jantung spare... kang teburai jantung biskita tekeluar dari mulut, payah karang mikirkan =p
[ganya aku nda paham kenapa tajuknya JANGAN TEGUR, ada di antara biskita blh bgtau aku kenapa tajuknya sedemikian???]

Isnin, 13 April 2009

3 SURAH + 3 KEKUATAN = ???

Pertama, Surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita.
Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tidak guna buat baik tapi tidak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini menarik sikit. Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab dalam zaman globalisasi, anak-anak mungkin kena bekerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah dia akan selamat. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'...
Ada 1 lagi perkara yang mesti kita pegang. Orang ISLAM mesti ada 3 kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tidak kuat, maknanya kekuatan tidak seimbang dan ilmu boleh merosakkan iman.
Ketiga, kekuatan fizikal.
Pertama-tama kalau tubuh badan lemah, susah ilmu hendak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tidak kuat, susah hendak beramal. Maknanya, kekuatan masih tidak seimbang.
Pesanan ini memang baik untuk di sampaikan dan kongsikan. Take a break... meditate 3 minutes & calm your mind...

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah...
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
Seucap janji membuat kita percaya...
Sekecil luka akan membuat kita kecewa...
Tetapi sebuah persahabatan akan selamanya bermakna...
"Jaga diri & Berhati-hati"

ABPBH-2008

Bintang Paling Popular - Nabil
Ulasan - Okey lah kan... atliz muka baru yang manang, tp i dnt tink 2009 milik Nabil.

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Ulasan - Wowowo... sungguh tdk ku sangka Que Haidar manang... Ermmm apa filem HOT 2008 dari ia ah??? atau manang sal kontroversi dan kehangatan perkahwinannya??? No komen~~~

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Ulasan - Maya Karin!!! U deserve it!!! lakonannya sudah jauh beza dgn dulu yg tutttt =p

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Ulasan - Adakah Mawi sedar yang popularitinya jauh menurun??? Bukan psl ia udah kawin tp psl lain la kan... If tani liat dr TV atau majalah pun tani blh tau. Tapi mana nama FAIZAL TAHIR??? Eshhh... mun namanya ada msti ia manang kan... hehe

Penyanyi Wanita Popular - Dato Siti Nurhaliza
Ulasan - Tahun ke 12??? Ngehehe - Kalau dulu aku memang fanatik Siti, now aku cuma minat catu2 saja psl lagunya tidak mencapai piawaian jiwa saya skrg ini... Hahaha - Wat??? Di sbbkan Dato K aku nda minat ia??? No no no - aku merestui hubungan mereka... kwang3

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Ulasan - Okey la tueee, manang Pelakon TV pun jadi lah, janji manang!!!

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Ulasan - Ermmm... No komen - yang penting bukan FASHA SANDHA manang!!! hahaha

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein
Ulasan - Huhu makin popular dorang krg ani, ingtku masa ku ke KL last 2 years, ada band buat v/klip di Masjid India - dlm hati beckp 'siapa lagi sibuk2 belagu tangahari buta ani' udah hampir... wooooo MUH laaaa... haha

Artis Nasyid Popular - Rabbani
Ulasan - Aku suka suaranya kalau takbir raya~~~ out kah ulasan ku atu??? hahaha

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Ulasan - Aku tau apa rasa Saiful Apek - but next year, Nabil akan merasa apa yg Saiful Apek rasa taun ani pslnya next yer SEPAH manang and for sure bukan AMIR!!! hahaha

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Ulasan - I luv Nurkhiriah, we hv met once... cali, nyanyah, gigriran and randah. Hehehe - cuma bakatnya org kurang prihatin

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Ulasan - Setelah sekian lama bukan bintang AF manang... Kan??? Salah kah statement ku??? wat eba!!! aku nda ingt bah hehehe

Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Ulasan - Aku suka Stacy!!! tenaganya ala2 Agnes Monica tp aku lg suka Agnes Monica, masalahnya skrg ani... dorang suka aku kah??? gagaga

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Ulasan - Aku cuma mampu bersetuju - setakat ani di Malaysia ia tetap No 1. Aku suka otaknya yang laju bepikir and Aznil memang the best laaa hehehe

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Ulasan - Siapa lagi yang kan manang diz award, mun di liat dr segi pencalonan atu, Fara Fauzana nada tandingan~~~ btw kenapa Sarimah nda tesenarai??? Sarimah is crazy jua, jgn kan top-5, senarai awal pun ndada namanya. Heran kan???

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Ulasan - Fuhhhh~~~ Nasib jua FBI manang!!! Aku lebih suka ia di radio di bandingkan Aznil. Tp nda suka eh, adakah patut bawa list nama utk ucapan... esh3 'memalukan'

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Ulasan - Ngehehehe - 100% setuju!!!

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
Ulasan - Aku iski kan jumpa Jamal Abdillah - Kan tau napa??? Bayangkan ah betapa hebatnya aura Jamal Abdillah, macamana kontroversi pun kedia dgn masalah dadah and everythin, tp peminatnya masih menyokong dan menerima ia... Suaranya dlm kelompok penyanyi melayu~~~ memang mahal!!!

Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008

1-NABIL 127,524

2-MAWI 55,080

3-DATO SITI NURHALIZA 29,676

4-AZNIL NAWAWI 18,864

5-MEET UNCLE HUSSEIN 11,784

Aksi Video Ep-7

Pemenang Aksi Video Minggu ke-7 Md Khairul Wafiy bin Hj Othman. Tahniah bro, berbaloi rasanya??? be-jaham2 gagarannya, nda ku tau smpai ani x ia gagaran~~~ hehehe

Bersama dua penyokongnya - btw tenks belanja makan mee mamak atu ah bro

Pemenang bersama kami... hehehe - nda sangka2 pertengahan dah perjalanan Aksi Video, so biskita ada masa datang lah beramai-ramai memeriahkan rakaman Aksi Video setiap minggu ok =)

Brader Afie wit brader Fa'ie [baju itam] yg bedirian atu panglima dari Negara Pasir Bedengung... keh3 - so biskita jangan lupa jumpa lagi Aksi Video di minggu ke-8

RAKAMAN AKSI VIDEO MINGGU KE-8
Tarikh - Jumaat, 17 April 2009
Tempat - Studio Kompleks Penyiaran Baru RTB, Sg Akar
Jam - 2.45 ptg
[ DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MENYAKSIKAN RAKAMAN AKSI VIDEO, MASUK ADALAH PERCUMA DAN JANGAN LUPA BAWA KAD PINTAR BISKITA ]
Layari : aksi.iatahni.com

Bila hati berkata

Duniaku tak seperti ku mahu
Hidupku penuh liku keranamu
Kenapa begini suratan hidupku
Mungkin Tuhan mengujiku

Hati bercelaru
Inginku benci tiada dayaku
Kasih bukan sekadar sayang
Lebih dari ku cintai diriku

Demi Tuhan
Nyawa sanggup ku pertaruh
Bukan cuma kata di bibir
Tapi bicara hati berkata

Kasih padamu seluas dunia
Ku pasti dirimu juga begitu
Mungkin caramu saja berbeza
Tak ternampak pada zahirmu

Selagi nadi berdetak
Ku laku apa yang termampu
Ku semai di hati untuk berkata
Ku hargai derita dan bahagiaku

original by - AL!FF FA!ZAL
[lirik di buat pada 14 Oktober 2008]

ceritaku bukan ceritamu

Assalammualaikum... Hallo... Biskita sihat??? Alhamdullillah mun sehat, sibuk2 pun rehat mesti cukup ah... jgn nda, krg lagging mcm aku!!! hehehe... btw aku kan becerita nieee... so aku nda sure samada cerita ku ani panjang atau buntak... so klw biskita nda suka kan baca, nmpk biskita ada tanda [X] dalam box merah di atas atu??? soooo click saja atu den TARAAAA... ia tetutup dengan sndirinya... toinkkkk~~~ keh3

Ok... ini cerita hari Rabu 8hb and Khamis 9hb... hari ani 13hb udah, kelambatan kah cerita ku ani??? hehehe... bizi bah tangahnya. Ok lah, masa hari Rabu atu, nda ku berapa ingt apa yang ku buat pg sampai ke ptg, kelupaanku... yg penting aku keraja den malam nya aku andang ada janji dah wit my gud fren utk lepak so melepak tah kami dua di KFC versi kampong aing ah... berdua sahaja but bukan dating!!! hahaha - cerita masalah kehidupan lah merangkumi [gilaaa bahasa ku atu, jrg urg makai tu perkataan MERANGKUMI] hahaha, iklan bah sekajap~~~ ok cerita psl dulu2, masalah rumahtangganya, masalah percintaanku, masalah kewangan dan semuanya masalah!!! muahaha... lama jua lah kami lepak atu, kira labih 3 jam, mun bekabun selasai jua seraun rumah perpindahan... oba!!!

Afta lepak, tarus ku balik pslnya sakit kepala ku ani nyinta... nda cukup tdur kononnya~~~ tp balik rumah seperti biasa, mata nda mau tdur coz be-uri esoknya kaja subuh... baik jua ada my best fren dulu masa sekolah meng-online kan diri, so sama ia tah ku meng-online kan diri sampai kul 330pg, atliz ada jua danganku membuang masa, siap be-webcam kan~~~ hahaha, mcm si talooo bah kami dua be chattin, mcm2 cerita jua timbul and we plan kan ke SMB melawat ke sana den snap pic ngehehehe... rindu berabis ku dgn sekolah lamaku atu... rahmat nie krg ani sekulah ah, dulu bah... ampit ku tu kelas kayu ah, yang kan mumut ganya nda... sekali antak rubuh perasahanku... huhu =p

Baiklah Tuan2 & Puan2, b4 530pg udah aku ampai2 di RTB den utk pengetahuan kamu semua, kami beberapa hari ani kami nda betugas di studio siaran coz adatah sebabnya tuee, kami on-air di production 3, sekali kamu kan tau apa??? pintu production nda mau di buka bah, panik jua saya tueee... sampai 550pg!!! baru tah mau tebuka, setelah 2 orang abg Gurkha bertungkus lumus, berganding bahu, bersatu tenaga dan dengan semangat penuh waja membuka pintu atu!!! tenkssss abg G!!! kurrr semangat~~~ so dalam keadaan santai dan kewl aku pun memulakan tugas seperti biasa...

Masa poket informasi wit Zaty, suaranya nda dpt on-air... nda tau apa sbb nya. Tapi setelah kali kedua mencuba masih jua nda mau, tarus ku angkat phone Zaty kan dan terjadi lah perbualan ini

Aliff - Nda mau dang eh... palau ku barang ani ehhh
Zaty - [dengan kunpidin] bangang eh!!! udah ko tipun aku???
Aliff - [terkesima seketika sambil befikir selama 3 saat] ngekkkk!!! abisss dangan ku betipun ani siapa???
Zaty - [ketawa mcm ia ketawa selalu]

Bangang jua ku sekajap tuee dengan soalannya ah... aku kah yang salah??? hahahaha - ok2 we try utk kali kedua lg... pun nda mau jua onair suaranya... so pasang lagu and angkat phone Zaty dan terjadilah perbualan sekali lagi

Aliff - Danggg adangtah ah... nda mau!!! nda payah ada poket info pg ani
Zaty - Ko takan udah button ONAIR???
Aliff - Ku takan kali!!! tau jua ku lagi barang atu, nda kan atu pun nda pandai kan!!!

Dan ada miskol arah my handphone, masuk sms bertalu2... aku mcm dah rasa lain sikit, ku lirik dengan slow-motion arah button MIC... jeng jeng jeng~~~

OMG!!! aku lupa tutup mic!!! wawawa... satu brunei mendangar aku emosi hahahaha - dush dush... ani bukan kali pertama tapi ntah ke berapa kali udah... hawar ku ehhh tp nda apa aku maintain ceria menghiburkan biskita... hahaha - so pada kamu yg tedangar perbualan ku secara langsung atu, buat2 lupa ja ah... hahaha, dulu dah ku pernah nyanyi lagu Misha Omar on-air tanpa sengaja, ani kana lagi sekali... bemara eh!!! pas niee aku akan lebih berhati-hati yee pokcik!!! ok itu jeee yg I nak story kat U~~~ burink kah??? Ngeeeee - sorry mun burink, I tak paksa U baca kan??? sampai jumpa lagi... Daaaaaaa

Sabtu, 11 April 2009

renungan...

Kadang-kadang kita manusia selalu merasa kita benar WALHAL kita tahu tentang kesalahan kita
Kadang-kadang kita manusia selalu merasa sempurna WALHAL kita tahu hakikat sebenarnya tiada yang sempurna
Kadang-kadang kita manusia selalu mudah menafsir WALHAL kita tahu tafsiran itu tidak semestinya betul
Kadang-kadang manusia selalu menafikan kebenaran WALHAL salahnya cuma sebesar debu
Ironinya makhluk yang bernama MANUSIA selalu mengatakan : Tiada yang sempurna WALHAL kesempurnaan itu yang mereka cari

Kecantikan tidak kekal WALHAL itulah yang mereka agungkan
Kekayaan bukan segalanya WALHAL itu yang mereka 'terlebih' kejar
Kejujuran itu penting WALHAL mereka sendiri yang mengkhianati
Persahabatan itu berharga WALHAL seringkali tidak mereka hargai
Cinta itu buta WALHAL mereka sendiri yang tidak mengenalinya
Susah senang bersama WALHAL seringkali mereka hanya ada di waktu senang
Kegagalan bukan penyudah WALHAL selalu saja mereka mengalah
Cinta itu indah WALHAL yang indah itu sekadar di mata sahaja
Dosa itu haram WALHAL seringkali mereka menikmatinya

Bila KAWAN menjadi LAWAN
Bila RINDU menjadi DENDAM
Bila SUKA menjadi DUKA
Bila CINTA menjadi BENCI
Bila PERCAYA menjadi RAGU
Bila PAHALA menjadi DOSA
Bila HARTA menjadi BURUAN
Bila YAKIN menjadi KESAL
Bila ADAM menjadi HAWA

APA SUDAH JADI DENGAN KEHIDUPAN DUNIA??? ADAKAH KITA ANTARA MANUSIA YANG MENGKHIANATI DIRI SENDIRI???
-tenks to bRo RockyBee-

Jumaat, 10 April 2009

apa salah mereka???

Mana perginya keperi-manusiaan sebagai makhluk Allah yang di berikan kesempurnaan akal???

Tidak adakah secebis perasaan simpati atau kasihan di hati mereka???

Renung wajah comel ini!!! dlm keadaan sebegini masih ada sekelumit senyum di bibirnya

Apa salah anak kecil yang tidak tahu apa-apa ini, sampai sebegini mereka di perlakukan!!!

Bayangkan kita yang lebih kuat dari mereka ini di perlakukan sedemikian???

Berani buat!!! Kenapa tidak berani tanggung!!! Pikir dengan akal sebelum melakukan sesuatu!!!

Ini lah yg berlaku bila manusia berperangai melebihi dari binatang!!!

Dapatkah kita rasakan kesakitan yang anak kecil ini rasai???

Tidak cukup di buang mengalahkan sampah, untuk menyembunyikan ke'aib'an sendiri sanggup membakar anak yg tidak ada kudrat dan daya utk melawan!!!

Lupakah mereka dunia ini sementara??? Tidakkah mereka terbayangkan pembalasan yang bakal mereka terima nanti??? Tenang kah hati setelah melakukan kekejaman ke atas anak kecil ini???

Semoga kita tidak akan melakukan perkara sebegini... saya bukan manusia yang baik dan sempurna, tp saya juga mempunyai perasaan sayang sesama manusia terutama sekali anak kecil, andai ada kuasa utk menghukum mereka yang melakukan semua ini, akan ku hukum se-adilnya!!! tp kita cuma mampu mendoakan semoga anak2 kecil ini akan di berkati oleh nya jua.

Dapatkah awda memaafkan orang yang menulis surat ini, setelah awda membacanya???

“Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya” (Riwayat Ibnu Hibban).

Junjungan mulia S.A.W pernah bersabda : Bermaksud : "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"

gulaian mana pilihan kamu???

Pilih tah gulaian mana kamu mau, 30 sen sekilo ganya tueeee... hehehe - tp mana darahnya ah???

Isnin, 6 April 2009

f.r.i.e.n.d.s.h.i.p

Ahad, 5 April 2009

H!DUP !N!


manusia...

apabila ketika terbit matahari...

kadangkala leka...

mungkin tidak tahu bersyukur...

leka dan alpa dgn nikmat yang terhidang depan mata...


namun...

apabila muncul kegelapan malam...

mulalah menggelabah mencari matahari...

yang angkuh jadi baik...

yang riak jadi bersyukur...

semua kembali ke pangkal jalan...


namun...

itulah kehidupan...

KITA sebagai "Pelakon"...

DIA sebagai "Pengarah"...

di pentas ciptaan-NYA...


aku bersyukur...

masih diberikan kesempatan membawa watak dan peranan...

di pentas dunia-NYA ini...

maafkan hamba-MU ini yang begitu bodoh sombong suatu masa dahulu...

barulah kini aku faham dan mengerti harga sebuah kehidupan...


[source from - bRo aFiQ]

Rakaman Aksi Video Ep-6

Mohd Khairul Wafiy & penyokong AKSI VIDEO episod ke 6 musim pertama bersama ALIFF & TAUFFEK

Ak Mohd Fadhul'Lah Iskandar bin Pg Md Su'ud, pemenang AKSI VIDEO minggu ke 5

Aliff bersama pemenang AKSI VIDEO minggu ke 6 - yang subalah kiri atu pelakonnya yang te-habab gugur dr tangga ah... jumpa di final browww =)

kanak-kanak riang~~~ lalalala - btw jgn lupa dtg rakaman seterusnya... info ada di bawah ah 'nunjuk pakai ibu jari'

-
-
-
-
-

RAKAMAN AKSI VIDEO MINGGU KE-7
Tarikh - Jumaat, 10 April 2009

Tempat - Studio Kompleks Penyiaran Baru RTB, Sg Akar
Jam - 2.30 ptg

[ DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MENYAKSIKAN RAKAMAN AKSI VIDEO, MASUK ADALAH PERCUMA DAN JANGAN LUPA BAWA KAD PINTAR BISKITA ]
Layari : aksi.iatahni.com

obriFC

Baju Rasmi obriFC.

Tempahan kini dibuka. Kepada yg berminat sila tempah SEGERA!!!
AHLI BERDAFTAR: RM25 termasuk pendaftaran ahli. Sekali sahaja dan akan terlibat dengan aktiviti kelab selepas ini.

BUKAN AHLI: RM20, sila hubungi Boolat di talian 017-3136584 / 013-3302139 atau layari http://obrifc.blogspot.com/ untuk tempahan atau maklumat lanjut.

Salam dari OBRI

'Love & Peace'