Pertama, Surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita.
Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tidak guna buat baik tapi tidak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini menarik sikit. Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab dalam zaman globalisasi, anak-anak mungkin kena bekerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah dia akan selamat. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'...
Ada 1 lagi perkara yang mesti kita pegang. Orang ISLAM mesti ada 3 kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tidak kuat, maknanya kekuatan tidak seimbang dan ilmu boleh merosakkan iman.
Ketiga, kekuatan fizikal.
Pertama-tama kalau tubuh badan lemah, susah ilmu hendak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tidak kuat, susah hendak beramal. Maknanya, kekuatan masih tidak seimbang.
Pesanan ini memang baik untuk di sampaikan dan kongsikan. Take a break... meditate 3 minutes & calm your mind...
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah...
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
Seucap janji membuat kita percaya...
Sekecil luka akan membuat kita kecewa...
Tetapi sebuah persahabatan akan selamanya bermakna...
"Jaga diri & Berhati-hati"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan