RENUNGKANLAH SEDALAMNYA
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalam doa-doa ketika sembahyang. Allah maha mendengar. Lelaki baik untuk wanita yang baik, sebaliknya lelaki jahat untuk wanita yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat yang terbaik dan biar seorang diri dari menjadi mangsa lelaki atau wanita yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan tersebut, ia juga datang bersama masalah.
Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua perkara pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi dan sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat, di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak??? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka???
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih dan sayang malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata??? Janji sehidup semati, susah senang bersama, tiada apa yang mampu memisahkan. Itu semua janji yang di taburkan ketika asyik bercinta, tertunaikah ketika di alam berumahtangga???
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami, tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu, sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah kita demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorong nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan...
'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar... Rupa-rupanya... Allah hendak hadiahkan kita pelangi...'
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti akan sembuh selagi iman terselit didada...`
p/s - untuk semua yang masih belum bertemu jodoh, seru belum sampai... semua telah di tentukan olehnya... kita sabar dan teruskan kehidupan selagi ada peluang, dan aku pun belum sampai jodoh... Muahahaha... sabar ja kan =p - yang sudah bertemu jodoh... Tahniah dan Alhamdullilah... jaga dan peliharalah ikatan tersebut semoga bahagia berterusan...
1 ulasan:
aku p0n alum ada jodoh...ntah nada kali jodoh ku dibrunei ani... hehehe
mengindon ja kali bisai... :P
Catat Ulasan