Selasa, 27 Januari 2009

BaCaLaH...

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... adapun aku di lahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apsal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dia berkenalan dgn bakal bini dia merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku... tak gitu mak mah??? Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku di lahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak, berebut awek merayu-rayu nak aku jadi pakwe diorang... siap ada listing lagi... tapi ada satu benda yang sedih... setiap kali awek yg keluar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal... Intan, awek cun yang aku jumpa masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong. Dia nie lain sikit sebab aku dah janji dgn diri aku... dia lah awek aku yg paling last... muktamad dah nie... surat menyurat tak akan dilayan... kalau Intan tinggalkan aku mcm awek-awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin... Bende yang aku nyampah tue jadi jugak... setiap kali keluar dating kat Taman, Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak takde shape macam keris... macam-macam dia komplen... dia tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue... takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lah... mekap cair la... kain terselak la... malu nanti orang tengok la... tak buleh nak seksi la...Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kereta aku... sure itulah last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe mengghaibkan diri terus... berdesing telinga aku... aku cakap kat dia... baiklah, esok aku akan datang naik kereta besar... jauh lagi besar dari kereta mesedis... Seperti yang ku jangka, itulah kali terakhir aku dating dgn Intan... Intan terus mengghaibkan diri... aku dah agak dah mesti terjadi punya... cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua... especially korang yang pernah jadi awek aku atau bakal awek aku... Jgn korang pandang hina dgn orang yang kerja mcm aku nie... satu hari nanti, hendak tak hendak korang kena naik jugak kereta aku nie...
Yang Benar,
Pemandu Kereta Jenazah

Tiada ulasan: