Isnin, 26 Januari 2009

TAK TERCAPAI AKALMU

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum
atur langkah
ku tahu kan kemana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan
pujuk dan rayu
hasutku kedunia mu
Sesungguhnya ku lebih dari yang kau
tahu
baik buruknya sesuatu selalu difikirkan dulu
Biar berdentum langit
runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila
ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku
ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin
sukar tuk di fahami
kerna tak tercapai akal mu
Jangan ku kau sasarkan sebagai
mangsa
yang kau sangka mudah di rebah
santun ku bukan yang ku
lemah
mudahnya merosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah


- Manusia punya ragam dan perangai yang berbeza, jadi sukar utk kita puaskan hati semua orang, sukar utk kita gembirakan hati semua orang apatah lagi sikap manusia yang tdk pernah puas dengan apa yang ada, suka mencari kesilapan orang lain dari kesilapan diri sendiri... caranya mudah saja, kita jadi diri kita asalkan tdk menyusahkan kehidupan orang lain... kalau ada orang lain terasa susah tanpa sebab yang kukuh, biarkan lah ia... setiap individu ada hak utk bercakap, kalau betul kita salah, kita cuba perbetulkan, tp kalau tidak, kita dengar dan terima apa kritikan orang... terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong dan memberi semangat utk terus menjalani kehidupan ini seperti biasa, hanya kamu yang memahami... satu kata mutiara yang perlu di renungkan 'KEAMANAN ITU AMAT MUDAH UNTUK DI LAKSANAKAN TAPI MANUSIA SENGHAJA MENJADIKAN IA SUKAR!!!' Sekian Terima Kasih... -

Tiada ulasan: