Ahad, 8 Februari 2009

KEKASIH vs IBU

  • Orang kata aku lahir dari perut IBU...
  • Bila dahaga, yang susukan aku... IBU
  • Bila lapar, yang suapkan aku... IBU
  • Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... IBU
  • Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut... BU!
  • Bila bangun tidur, yang aku cari... IBU
  • Bila menangis, orang pertama yang datang... IBU
  • Bila hendak bermanja... aku dekati IBU
  • Bila hendak bergesel... aku duduk sebelah IBU
  • Bila sedih, yang boleh memujukku hanya IBU
  • Bila nakal, yang memarahi aku... IBU
  • Bila merajuk... yang memujukku cuma IBU
  • Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah... IBU
  • Bila takut... yang tenangkan aku... IBU
  • Bila hendak peluk... yang aku suka peluk... IBU
  • Aku selalu teringatkan IBU
  • Bila sedih, aku mesti telefon IBU
  • Bila seronok... orang pertama aku hendak beritahu... IBU
  • Bila bengang... aku suka luahkan pada IBU
  • Bila takut, aku selalu panggil... "IBUUUUUUUU!"
  • Bila sakit, orang paling risau adalah IBU
  • Bila hendak exam, orang paling sibuk juga IBU
  • Bila buat hal, yang marah aku dulu... IBU
  • Bila ada masalah, yang paling risau... IBU
  • Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... IBU
  • Yang selalu masak makanan kegemaranku... IBU
  • Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IBU
  • Yang selalu berleter dengan aku... IBU
  • Yang selalu puji aku... IBU
  • Yang selalu nasihatkan aku... IBU
  • Bila hendak kahwin... Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... IBU
SEKARANG AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI
  • Bila seronok... aku cari pasanganku
  • Bila sedih... aku cari IBU
  • Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
  • Bila gagal... aku ceritakan pada IBU
  • Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
  • Bila berduka, aku peluk erat IBU
  • Bila hendak bercuti... aku bawa pasanganku
  • Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah IBU
  • Bila sambut valentine... Aku hadiahkan bunga pada pasanganku
  • Bila sambut hari IBU... aku cuma dapat ucapkan SELAMAT HARI IBU
  • Selalu... aku ingat pasanganku
  • Selalu... IBU ingat denganku
  • Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
  • Entah bila... aku hendak telefon IBU
  • Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
  • Entah bila... aku hendak belikan hadiah untuk IBUKU
*Renungkan: Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan sudah berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu??? Ibu bukan hendak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata... Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi sayang sudah terlambat kerana Ibu sudah tiada... ingatlah pengorbanan IBUUUUU... selagi ada masa dan peluang utk membalas jasa mereka, berkorbanlah semampu yang kita boleh, jgn sampai menyesal tiada kesudahan, tiada harta yang paling berharga dan bernilai selain dari IBU~~~

Tiada ulasan: